Foto Instagram Vivy Yusof.
KUALA LUMPUR – Usahawan dan ikon fesyen popular, Datin Vivy Yusof, 33, berkongsi berita gembira miliknya apabila disahkan hamil cahaya mata keempat.
Menerusi Instagram miliknya, Pengasas FashionValet and dUCK Group itu meluahkan rasa syukur dengan memuat naik sekeping gambar memaparkan alat ujian kehamilan sehingga meraih 132,000 tanda suka.
Selain itu, Vivy atau nama penuhnya Vivy Sofinas Yusof turut berkongsi sebuah lagi posting memaparkan reaksi suaminya mengenai kehamilan tersebut.

Pasangan itu mendirikan rumah tangga pada tahun 2012 dan dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Daniel Azim Shah, Mariam Iman Shah dan Sarah Ilham Shah.

Bulan lalu, Vivy telah memulakan kutipan dana untuk meringankan beban rakyat Palestin melalui kolaborasi bersama badan NGO Viva Palestin Malaysia.

Dalam masa dua hari, pihaknya dan VPM telah berjaya mengutip dana sebanyak RM1 juta. – MalaysiaGazette