BEIJING – Sekurang-kurangnya lima orang meninggal dunia dan 15 lagi cedera dalam serangan yang dilakukan individu bersenjatakan pisau di timur China, kata polis.

Pihak berkuasa bandar Anging menerima laporan mengenai insiden seorang lelaki menikam pejalan kami dengan menggunakan sebilah pisau pada petang semalam, menurut kenyataan balai polis Anging dalam akaun media sosial, Weibo.

Penyerang itu telah ditahan dan dia dibawa ke hospital kerana mengalami kecederaan, kata polis .

Punca serangan masih belum diketahui dan siasatan masih dijalankan, lapor AP.

Bank darah di Anging menggesa orang ramai menderma darah kepada mereka yang cedera dan menyatakan simpanan bekalan darah adalah rendah, menurut laporan akhbar tempatan.

Undang-undang China menghadkan penjualan dan pemilikan senjata api dan serangan rambang pada kebiasaannya dilakukan dengan menggunakan pisau atau bahan letupan buatan sendiri.

Pada Disember lalu, serangan menggunakan pisau berlaku di luar premis mandi di timur laut China menyebabkan sekurang-kurangnya tujuh orang maut dan tujuh lagi cedera.

Pada Jun tahun lalu, seorang pengawal keselamatan sebuah sekolah yang bersenjatakan pisau mencederakan sekurang-kurangnya 39 orang di sebuah tadika di selatan Guangxi. Dia dijatuhkan hukuman mati. – MalaysiaGazette