Punca kebakaran masih disiasat.

KUANTAN – Aras tiga bangunan Ibu Pejabat Polis Kontinjen Pahang terbakar dalam kejadian 4.15 petang tadi namun tiada kemalangan jiwa dilaporkan.

Timbalan Ketua Polis Pahang, Datuk Mohd Yusri Hassan Basri ketika ditemui MalaysiaGazette berkata, pihak Bomba dan Penyelamat Negeri Pahang berjaya memadam kebakaran sepenuhnya pada 6.05 petang tadi.

Pihak bomba tiba di perkarangan IPK pukul 4.41 petang dengan kekuatan empat jentera Bomba, satu unit EMERS, dan unit forensik.

Mohd Yusri Hassan Basri bersama anggota bomba yang bertugas memadam kebakaran.

“Siasatan awal mendapati anggota bertugas berada di tingkat tiga IPK Pahang telah melihat asap kebakaran dan terus menghubungi CCC Pahang dan pihak bomba.

“Faktor utama dalam siasatan awal berkemungkinan akibat litar pintas, namun siasatan masih dijalankan,” kata Mohd Yusri ketika ditemui MalaysiaGazette.

Manakala Pegawai Penguasa Kanan Bomba 1 JBPM Pahang, Ismail Abdul Ghani memaklumkan operasi berjaya dikawal dan pemeriksaan menyeluruh dijalankan.

“Pemeriksaan juga meliputi aras empat dan semua dilihat terkawal.

“Operasi pemadaman melibatkan kekuatan 30 pegawai dan anggota telah bertindak memandamkan kebakaran.

“Walau bagaimanapun punca kebakaran dan kemusnahan masih dalam siasatan.

“Pihak bomba masih berada di lokasi kejadian bagi membuat pemeriksaan dan siasatan lanjut.

“Anggaran kemusnahan dalam siasatan sepenuhnya.” Katanya. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast