Director-General of Health Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah. The Drug Control Authority (DCA) has granted a conditional approval for Convidecia Recombinant Novel Coronavirus Vaccine (Adenovirus Type 5 Vector) and Janssen COVID-19 Vaccine. CanSino Biologics Inc, China Johnson & Johnson
Tan Sri Dr. Noor Hisham.

KUALA LUMPUR – Sebanyak 30 kluster Covid-19 dilaporkan hari ini dan daripada jumlah itu sebanyak 18 kluster adalah Kluster Tempat Kerja.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, ia diikuti tujuh Kluster Komuniti, masing-masing satu Kluster Pendidiikan Lain, Kluster Pendidikan Tinggi, Kluster Kumpulan Berisiko Tinggi, Kluster Keagamaan dan Kluster Pusat Tahanan.

Katanya, mengikut pecahan, kluster tempat kerja dikesan di Jalan Silat Harimau 21, Jalan Bertam 23, Jalan Teknologi Perintis Dua, Jalan Kebun Sayur, Jalan Parit Haji Zain, Ladang Tereh dan Taman Aman di Johor Bahru, Muar, Kluang dan Batu Pahat Johor; Jalan Utama, Sawit Kinabatangan dan Jalan Ketiau Tombovo di Sabah; Persiaran Sabak 26 dan Jalan Waja Enam Belas di Petaling, Klang dan Kuala Langat Selangor.

“Kluster Kerja Sri Cemerlang di Kota Bharu dan Pasir Mas Kelantan; Industri Chain Ferry dan Hilir Sungai Kluang Tiga di Seberang Perai Utara dan Tengah serta Barat Daya Pulau Pinang; Industri Bukit Nian, Melaka,Dah Saga di Kedah dan Jalan Alamanda Dua di Putrajaya dan Selangor.

“Lapan kluster Komuniti adalah Gusi, Tamalang, Murni C di Sabah; Bukit Jong, Kampung Bakong dan Kampung jejawi di Machang, Kota Bharu dan Pasir Mas Kelantan;Jaya Gading di Kuantan Pahang,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Tambah beliau, Kluster Pendidikan Lain iaitu Jalan Kasthuri Satu dikesan di Hulu Langat Selangor; Kluster Pendidikan Tinggi iaitu Behrang Stesen di kesan di Muallim Perak; Kluster Kumpulan Berisiko Tinggi Bukit Gasing di kesan di Selangor; Kluster Keagamaan Kilometer 35 Kemendor di Jasin dan Melaka tengah dan Kluster Pusat Tahanan Pagar Jalan Sultanah di kesah di Mersing Johor.

Dr. Noor Hisham menjelaskan, sebanyak 2,338 kluster dikenalpasti termasuk 30 kluster baharu.

Tambah beliau, sebanyak 1,625 kluster telah ditamatkan dan 713 kluster masih aktif.

“Daripada 18 kluster tempat kerja berkenaan, 10 kluster melibatkan sektor perkilangan,”ujarnya. – MalaysiaGazette