Petugas KKM memasang gelang merah jambu pada Hishammuddin Hussein selepas menjadi kontak rapat kepada individu yang disahkan positif Covid-19.

KUALA LUMPUR – Menteri Luar Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Hussein terpaksa membatalkan kehadirannya yang mengetuai delegasi Malaysia ke Mesyuarat Khas Menteri-Menteri Luar ASEAN-China di Chongqing, China esok kerana menjadi kontak rapat kepada individu yang disahkan positif Covid-19.

Beliau akan digantikan oleh timbalannya, Datuk Kamarudin Jaffar.

Hishammuddin berkata, walaupun dua ujian saringannya didapati negatif namun beliau perlu menjalani kuarantin wajib seperti yang diarahkan oleh Kementerian Kesihatan.

Dengan situasi semasa, beliau berkata, lawatan kerjanya ke Mesir, Kuwait dan Qatar juga ditangguhkan. – MalaysiaGazette