BUENOS AIRES – Persatuan bola Sepak Argentina memberi penghargaan kepada Diego Maradona dengan menempatkan patung lagenda pemain di hadapan Stadium Madre de Ciudades di Santiago del Estero.
Argentina akan menentang Chile pada perlawanan kelayakan Piala Dunia dan ia adalah penampilan pertama Argentina sejak Maradona meninggal dunia pada 25 November lalu.
Pemain pasukan Argentina, termasuk Lionel Messi, merupakan antara individu ketika patung itu didedahkan kepada umum.
Setiap pemain mengenakan baju T yang tertera perkataan 1960 yang merujuk kepada tahun Maradona dilahirkan.
Maradona telah meninggal dunia akibat serangan jantung pada usia 60 tahun dan siasatan dibuka selepas ahli keluarganya menyatakan keraguan ke atas kematiannya.
Wujud dakwaan pasukan perubatan peribadi yang menyelia kesihatan Maradona pada saat cuai yang menyebabkan kematiannya. – MalaysiaGazette
















