Muhammadu Buhari. foto Agensi

ABUJA – Nigeria akan mendakwa sesiapa yang didapati melanggar larangan negara itu berhubung penggantungan operasi Twitter, kata jurucakap pemerintah.

Kerajaan Nigeria telah mengumumkan penggantungan operasi Twitter di negara itu pada hari Jumaat.

Rangkaian telefon bimbit telah menyekat akses selepas mendapat perintah kerajaan.

Langkah itu dilakukan setelah Twitter memadam ciapan Presiden Muhammadu Buhari kerana didakwa melanggar peraturan laman web tersebut.

Beberapa pengguna melihat catatan Muhammadu yang menyebut perang saudara Nigeria empat dekad yang lalu, sebagai ancaman tersembunyi terhadap gerakan pemisahan di tenggara negara itu

Kerajaan pula pada hari Sabtu berkata, tindakan Twitter memadam ciapannya sangat mengecewakan, tetapi bukan satu-satunya alasan tindakan penggantungan sementata itu dibuat.

“Ada banyak masalah dengan platform media sosial di Nigeria, yang mana salah maklumat dan berita palsu yang disebarkan melaluinya mempunyai akibat kekerasan di dunia nyata,” kata kerajaan.

Twitter mengatakan pengumuman penggantungan sementara yang diumumkan oleh Menteri Penerangan Lai Mohammed sangat membimbangkan.

Langkah itu juga menimbulkan kecaman yang meluas dalam kumpulan hak asasi manusia dan kuasa antarabangsa, yang mengatakan ia akan membataskan kebebasan bersuara di Nigeria. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast