Pelakon, Ashraf Muslim mendakwa mengalami kesan sampingan Covid-19 pada bahunya.

KUALA LUMPUR – Pelakon, Ashraf Muslim mendakwa mengalami kesan sampingan Covid-19 pada bahunya.

Ujarnya perkara itu didedahkan oleh doktor yang merawatnya kerana masalah Acromioclavicular Joint Injury Shoulder and Elbow.

Jelas Ashraf, beliau dimaklumkan bahawa otot di bahunya mengecut dan menyebabkan sendi turut terkesan.

“Kata doktor, ada dua sebab benda terjadi. Pertama, hentakan yang kuat ataupun disebabkan virus. Kesannya otot kawasan itu mengecut. Tapi AC joint itu sebagai kesan kedua sahaja. Masalah utama ialah otot kecut selepas jangkitan virus menyebabkan sendi terkesan.

“Jadi memang jelas kena Covid, sebab virus ini masuk dalam darah dan benda ini buat kerjalah,” tulisnya menerusi Instagram.

Menurutnya, otot bahunya mengecut selepas jangkitan virus yang menjangkitinya pada tahun lalu itu.

Pelakon filem Bukan Cinta Malaikat itu menambah, sebelum ini dia pernah cedera pada bahagian tulang belikat atau scapula.

“Tp AC joint tu kesan sampingan sahaja. Masalah utama ialah post viral infection muscle wasting (otot kecut selepas jangkitan virus) menyebabkan sendi jadi lapse. So memang jelas kena Covid-19 sebab virus ni masuk dalam darah dan benda ini buat kerjalah.

“Yang AM (Ashraf Muslim) perasan, memang AM sorang yang aktif sukan, banyak sangat sukan involve rugby, hoki, bola keranjang dan kecederaan tu biasalah..tapi bila dah tua ni, mungkin ada bahagian kat tubuh badan kita pernah cedera jadi virus ni senang buat kerja kat area tu,” ujarnya.-MalaysiaGazette