Warga emas membuat pendaftaran untuk menerima suntikan vaksin jenis Sinovac di Hospital KPJ Tawakkal, Kuala Lumpur. Foto AFFAN FAUZI, 07 JUN 2021.
Warga emas membuat pendaftaran untuk menerima suntikan vaksin jenis Sinovac di Hospital KPJ Tawakkal, Kuala Lumpur. Foto AFFAN FAUZI, 07 JUN 2021.

KUALA LUMPUR – Bermula 1 Mac lalu, Hospital Pakar Tawakkal (KPJ Tawakkal KL) yang berperanan sebagai Pusat Pemberian Vaksin (PPV) telah memulakan Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) bagi membantu kerajaan mengoptimumkan usaha mencapai imuniti kelompok.

Atas kepercayaan yang diberikan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), KPJ Tawakkal KL telah menggerakkan tanggungjawab untuk memberikan suntikan vaksin Covid-19 kepada warga kota khususnya warga emas.

Pegawai Eksekutif (CEO) KPJ Tawakkal, Noreen Abdul Rashid di Hospital KPJ Tawakkal, Kuala Lumpur. Foto AFFAN FAUZI, 07 JUN 2021.
Pegawai Eksekutif (CEO) KPJ Tawakkal, Noreen Abdul Rashid di Hospital KPJ Tawakkal, Kuala Lumpur. Foto AFFAN FAUZI, 07 JUN 2021.

Menurut Pegawai Eksekutif (CEO) KPJ Tawakkal, Noreen Abdul Rashid, pihaknya komited memberikan 600 dos suntikan harian vaksinasi untuk fasa 2 PICK bagi membantu golongan berisiko.

“KKM ada maklumkan kepada kita mahu beri kenaikan jumlah kepada 800 hingga 1,000 suntikan sehari. Kami mampu untuk beri 1,000 suntikan sehari, kalau diberikan kepercayaan, kami akan cuba,” katanya kepada MalaysiaGazette hari ini.

Jelas Noreen, kepercayaan itu diberikan KKM selepas KPJ Tawakkal KL dengan jayanya telah menyuntik vaksin lebih 8,000 petugas kesihatan dalam perlaksanaan Fasa 1 PICK sebelum ini.

Untuk fasa kedua PICK, KPJ Tawakkal KL diberikan tanggungjawab untuk melakukan imunisasi terhadap warga emas, Orang Kelainan Upaya (OKU) dan golongan rentan komobiliti.

Petugas menggunakan vaksin jenis Sinovac untuk diberikan kepada warga emas di Hospital KPJ Tawakkal, Kuala Lumpur. Foto AFFAN FAUZI, 07 JUN 2021.
Petugas menggunakan vaksin jenis Sinovac untuk diberikan kepada warga emas di Hospital KPJ Tawakkal, Kuala Lumpur. Foto AFFAN FAUZI, 07 JUN 2021.

Dalam pada itu, Noreen berkata, selain KPJ Tawakkal KL, empat lagi hospital KPJ turut berikan kepercayaan untuk memberikan suntikan vaksinasi iaitu di KPJ Ampang, Damansara, Selangor dan Klang.

“Antara kelima-lima KPJ ini, KPJ KL adalah yang terbanyak dengan 600 dan yang lain 100 hingga 200 sehari,” katanya lagi.

Selain ini, KPJ Tawakkal KL juga turut menyatakan kesediaan dan komitmen mereka membantu kerajaan bagi program vaksinasi Fasa 3 sekiranya diperlukan.

Malah pihaknya juga bersedia untuk menggembleng tenaga bagi memastikan 80 peratus penduduk Malaysia diberi imunisasi Covid-19 dengan segera. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast