Pendatang tanpa izin cuba melarikan diri semasa anggota Imigresen membuat serbuan di salah sebuah tapak pembinaan ketika operasi penguatkuasaan pendatang tanpa izin di Cyberjaya. Foto HAFIZ SOHAIMI, 07 JUN 2021.

CYBERJAYA – Sekumpulan 200 warga asing termasuk sebahagiannya leka bermain judi bertempiaran lari apabila diserbu penguat kuasa Jabatan Imigresen di sebuah penempatan haram di sini awal pagi tadi.

Rata-ratanya lari dan ‘melompat’ masuk dalam semak berhampiran sehingga ada yang berlari dalam keadaan berbogel kerana kain terlucut.

Bagaimanapun lebih 168 penguat kuasa menggunakan lampu suluh mengempur dan mengepung kawasan semak bagi mencari pekerja warga asing terbabit.

Bagaikan main sorok-sorok, pasukan penguat kuasa mengarahkan mereka di dalam kawasan semak itu supaya menyerah diri.

Rata-rata mereka pekerja di kawasan pembinaan seluas kira-kira 400, 000 kaki dan terletak jauh dari kawasan awam di Cyberjaya.

Dalam Ops Bersepadu Imigresen Putrajaya selama satu setengah jam bermula 10.45 malam tadi, satu persatu warga asing yang dipercayai pendatang tanpa izin itu  ‘diheret’ keluar dari kawasan semak.

Pendatang tanpa izin cuba melarikan diri semasa anggota Imigresen membuat serbuan di salah sebuah tapak pembinaan ketika operasi penguatkuasaan pendatang tanpa izin di Cyberjaya. Foto HAFIZ SOHAIMI, 07 JUN 2021.

Ketua Pengarah Imigresen, Datuk Khairul Dzaimee Daud berkata, seramai 202 orang pekerja asing telah ditahan kerana pendatang tanpa izin (PATI) manakala 46 orang daripadanya dibebaskan kerana ada dokumen lengkap.

Ketua Pengarah Imigresen, Datuk Khairul Dzaimee Daud ketika sidang media operasi penguatkuasaan di salah sebuah tapak pembinaan di Cyberjaya selepas operasi penguatkuasaan pendatang tanpa izin di Cyberjaya. Foto HAFIZ SOHAIMI, 07 JUN 2021.

“Ketika penguat kuasa kami masuk menyerbu penempatan mereka, ada warga asing yang bertindak ganas ketika diheret dari semak dan ada yang menjerit menggertak penguat kuasa dan ada yang dicekup ketika cuba melarikan diri di atas bumbung penempatan kabin itu.

“Semasa digempur, mereka sedang duduk beramai ramai bermain daun terup disyaki judi serta menghirup minuman kopi di kabin yang dijadikan sebagai kedai penempatan sempit itu yang langsung tidak mematuhi prosedur operasi standard Covid-19,” katanya dalam sidang media selepas operasi berkenaan awal pagi ini.

Menurut Khairul Dzaimee, penempatan pekerja asing terbabit dalam keadaan yang teruk, kotor tanpa sistem kumbahan dan perparitan yang tidak terurus.

“Air mandi dan kumbahan mengalir keluar dari tandas ke tempat kediaman selain bekalan elektrik dan air disambung secara tidak sah disamping aktiviti, mandi makan dan tidur dalam tempat kotor serta sempit yang berpotensi tinggi untuk penularan Covid-19k,” katanya.

Anggota Imigresen membuat serbuan di salah sebuah tapak pembinaan di Cyberjaya ketika operasi penguatkuasaan pendatang tanpa izin di Cyberjaya. Foto HAFIZ SOHAIMI, 07 JUN 2021.

Seramai 156 lagi telah telah ditahan dan dibawa ke Pusat Saringan Jabatan Imigresen Putrajaya melibatkan 42 warga Indonesia, Bangladesh (62); Nepal (2); Myanmar (29) dan masing-masing seorang dari India dan Pakistan.

Sementara itu, seramai 12 daripadanya wanita Indonesia dan seorang warga Myanmar.

Tambah beliau, kekuatan operasi melibatkan kekuatan 168 pegawai terdiri daripada penguat kuasa dari Imigresen, Jabatan Tindakan Kerja, Polis Diraja Malaysia, Angkatan Pertahanan Awam dan Jabatan Pendaftaran Negara.

Dalam soal tangkapan itu, tindakan susulan berikutan penempatan asing itu bercanggah dengan Akta 446 Kementerian Sumber Manusia juga akan dilakukan.

Antara pendatang tanpa izin yang ditahan oleh anggota Imigresen semasa membuat serbuan di salah sebuah tapak pembinaan di Cyberjaya ketika operasi penguatkuasaan pendatang tanpa izin di Cyberjaya. Foto HAFIZ SOHAIMI, 07 JUN 2021.

Tegasnya, walaupun PKP Penuh Fasa Pertama dilaksanakan sehingga 14 Jun ini, Imigresen akan terus melaksanakan operasi untuk memastikan PATI ini tidak mengambil kesempatan bergerak secara bebas.

“Bagi pekerja asing yang berdokumen ataupun golongan Pelarian Kad UNHCR mereka tidak akan ditahan sebaliknya operasi ini menyasarkan PATI yang tidak berpekerjaan dan bermajikan serta terlibat kegiatan terlarang di negara ini.

“Katanya kawasan penempatan ini dikesan serta dirisik dan dipantau rapat selama tiga bulan lalu untuk mengumpul maklumat untuk menyerbu dan kami syak penempatan haram ini kerana dipercayai sudah wujud empat hingga lima tahun lalu berdasarkan keadaan kediaman dan sistem kumbahan serta perparitan selain tempat bilik air yang dibina dengan konkrit.

Antara pendatang tanpa izin yang ditahan oleh anggota Imigresen semasa membuat serbuan di salah sebuah tapak pembinaan di Cyberjaya ketika operasi penguatkuasaan pendatang tanpa izin di Cyberjaya. Foto HAFIZ SOHAIMI, 07 JUN 2021.

“Kesemua tangkapan adalah dewa berusia antara 23 hingga 50 tahun makala ada empat warga Rohingya sekeluarga iaitu pasangan suami isteri dan dua anak kecil memegang kad UNHCR dibebaskan,” katanya.

Kesemua 156 orang PATI yang ditahan akan dibawa balik ke Dewan Ibu Pejabat Imigresen untuk saringan kali kedua ke atas dokumen perjalanan mereka sementara yang mendakwa ada majikan akan disiasat.

“Yang tidak bermajikan atau penaja serta tidak dapat mengemukakan dokumen beserta bukti, saringan kesihatan akan dikendalikam di Pejabat Kesihatan daerah Putrajaya untuk ujian RTK dan dibawa ke Depot Imigresen di Semenyih untuk siasatan dan pendakwaan sebelum akhirnya akan dihantar pulang ke negara asal mereka,” ujarnya.

Beliau juga menepis dakwaan pihak tertentu yang mengatakan Jabatan Imigresen tidak mengambil tindakan menahan majikan dan tidak dituduh di mahkamah.

Beliau berkata, sejak 2019 hingga 31 Mei lalu, seramai 11, 701 majikan didakwa di mahkamah dan melibatkan jumlah denda RM33.73 juta.

“Saya mahu kongsikan sejak 2019 sebanyak 1052 majikan telah didakwa di mahkamah dan didenda RM19.3 juta manakala sepanjang tahun pandemik 2020, seramai 509 majikan didakwa dan didenda mahkamah melibatkan RM10.456 juta.

“Manakala lima bulan pertama 2021, seramai 130 majikan telah didakwa dengan denda RM3.2 juta dikenakan,” katanya.-MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

1 Komen

  1. Imigresen belum cekup pati Cina di Bukit Bintang dan Penang cuma pati Cini judi online dicekup PDRM jer. Ingat, pati Cina dicekup tak tau cakap Melayu langsung tetapi dapat MyKad tulen mohon passport hanya the tip of an iceberg.

Comments are closed.