Abdul Hadi Awang

KUALA TERENGGANU: Presiden PAS Abdul Hadi Awang yang kini dirawat di Institut Jantung Negara (IJN) berada dalam keadaan stabil.

Perkara tersebut disahkan setiausaha akhbarnya, Abdul Malik Ab Razak ketika dihubungi Bernama hari ini.

Abdul Malik turut menafikan khabar angin yang tular sejak kebelakangan ini mengenai kesihatan Abdul Hadi, yang antara lain mendakwa kononnya Duta Khas Perdana Menteri ke Timur Tengah dan juga Ahli Parlimen Marang itu sedang sakit dan sudah tidak berupaya menguruskan hal parti.

“Tidak betul, ini fitnah. Tuan Guru (Abdul Hadi) dalam keadaan stabil. Saya nasihatkan segala maklumat berkenaan kesihatan Tuan Guru boleh dirujuk kepada kenyataan rasmi di Facebook Tuan Guru,” katanya.