Kenderaan Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad keluar dari pintu 2 Istana Negara susulan pemimpin parti politik utama di negara ini termasuk pembangkang, dijadualkan menghadap Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah di Istana Negara. Foto MOHD ADZLAN, 10 JUN 2021.

KUALA LUMPUR – Parti Pejuang Tanahair (Pejuang) mencadangkan supaya ditubuhkan Majlis Gerakan Negara (Mageran) bagi menangani pelbagai masalah yang berlaku dalam negara.

Pengerusinya, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, keadaan yang tidak menentu ketika ini lebih-lebih lagi pandemik Covid-19 yang semakin mengganas memerlukan penubuhan Mageran itu disegerakan.

Perkara itu, katanya, merupakan intipati yang diperjelaskan oleh beliau ketika menghadap Yang di-Pertuan Agong (YDPA), hari ini.

Mahathir memberitahu, selain Covid-19 kepentingan menubuhkan Mageran adalah untuk menyelesaikan kemelut ekonomi, sosial dan langkah itu pernah dilakukan di negara ini pada tahun 1969.

“Agong tidak kata tidak, tetapi titah baginda, cadangan pembentukan Mageran harus datang daripada pihak kerajaan.

“Tetapi saya ragu kerajaan tidak akan cadangkan perkara ini,” katanya pada sidang media khas secara maya hari ini.

Menurut Dr Mahathir, beliau telah membincangkan perkara itu dengan rakan-rakan dalam Pejuang berhubung cara untuk menangani kesemua empat masalah ini.

“Kita ada idea tetapi kita lihat kerajaan tiada idea-idea untuk menyelesaikan masalah-masalah yang dihadapi,” ujarnya. – MalaysiaGazette

2 Komen

  1. Mageran di 1970 susulan rusuhan kaum 13 Mei membiarkan Singapore dan Penang terserah kepada majority democracy kaum asing malah melaksanakan dasar ekonomi apartheid aka DEB beri 30% ekonomi kepada majority pribumi Melayu supaya minority kaum asing dari Tanah Besar Cina dan India meraih keistimewaan 70% ekonomi kononnya pro rakyat berbilang kaum. Tengok DR ratifikasi ICERD tetapi demi hak pribumi sila Google: Dominican Republic stripped citizens

Comments are closed.