Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hamzah Zainuddin diiringi Ketua Pengarah Imigresen, Datuk Khairul Dzaimee Daud (kanan) menyerahkan pek pelitup muka dan cecair pencuci tangan kepada sebahagian penumpang ketika memantau pelaksanaan pematuhan Prosedur Operasi Standard (SOP) di Lapangan Terbang Antarabangsa KLIA, Sepang. Foto HAZROL ZAINAL, 10 JUN 2021.

SEPANG – Pengumuman nama Timbalan Ketua Polis Negara akan diumumkan tidak lama lagi, kata Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hamzah Zainuddin.

“Kita sudah beri cadangan dan kita akan umumkan sehari dua lagi,” katanya pada sidang media selepas mengadakan tinjauan Prosedur Operasi Standard (SOP) di Lapangan Terbang Antarabangsa, Kuala Lumpur (KLIA), hari ini.

Jawatan tersebut kosong apabila Datuk Seri Acryl Sani Abdullah Sani dilantik menjawat jawatan Ketua Polis Negara bagi menggantikan menggantikan Tan Sri Abdul Hamid Bador yang tamat kontrak pada 30 April lalu.

Berita Harian Online hari ini melaporkan nama calon Timbalan Ketua Polis Negara KPN telah diserahkan kepada Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin untuk pertimbangan.

Hamzah berkata, Muhyiddin sedang menunggu perkenan Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, sebelum penyandang jawatan itu diumumkan.

Antara nama yang disebut-sebut menjawat jawatan itu ialah Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman, Datuk Razarudin Husain dan Pengarah Jabatan Logistik Bukit Aman, Datuk Seri Mazlan Lazim. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast