Yossi Cohen

DUBAI – Ketua perkhidmatan risikan Israel, Mossad, yang akan menamatkan perkhidmatan mendedahkan bahawa negaranya di belakang serangan yang disasarkan ke atas program nuklear Iran dan saintis tentera baru-baru ini.

Kenyataan Yossi Cohen itu dilakukan pada segmen program penyiasatan Uvda terbitan rangkaian televisyen Saluran 12 yang disiarkan semalam mendedahkan taklimat tambahan apabila ketua agensi risikan yang berada pada hari-hari terakhir di bawah pentadbiran Perdana Menteri, Benjamin Netanyahu.

Ia turut memberi amaran kepada saintis program nuklear Iran bahawa mereka juga mungkin menjadi sasaran pembunuhan ketika para diplomat di Vienna cuba berunding tentang terma untuk cuba menyelamatkan perjanjian atom dengan negara kuasa besar.

“Jika saintis itu sedia untuk menukar kerjaya dan tidak mencederakan kami lagi, ya sesuatu akan kami tawarkan kepada mereka,” kata Cohen seperti dipetik AP.

Antara serangan yang disasarkan kepada Iran, tiada yang lebih besar daripada dua letupan di kemudahan nuklear Natanz pada tahun lalu.

Ia dilengkapi dengan kemudahan pengayaan uranium di dewan bawah tanah yang direka untuk melindunginya daripada serangan udara.

Pada Julai 2020, letupan misteri memusnahkan kemudahan pemasangan empar terkini yang mana Iran kemudiannya menyalahkan Israel.

Pada April lalu, satu letupan memusnahkan dewan penggayaan uranium bawah tanah.

Membincangkan mengenai Natanz, wartawan itu bertanya kepada Cohen di mana dia akan pergi jika mereka boleh ke sana, Ketua Mossad itu berkata, ia akan pergi ke ‘ruang bawah tanah ‘di mana empar pengayaan berpusing’.

“Ia tidak kelihatan seperti biasa dilihat,” tambah beliau

Cohen tidak mendakwa serangan itu secara langsung namun beliau menyatakan secara spesifik pengetahuannya mengenai pembabitan Israel dalam serangan tersebut.

Wartawan, Ilan Dayan, juga kelihatan memberi gambaran yang lebih terperinci bagaimana Israel menyelinap bahan letupan ke dalam dewan bawah tanah Natanz.

“Lelaki yang bertanggungjawab terhadap letupan ini, ia menjadi jelas, dengan memastikan untuk membekalkan kepada warga Iran asas batu marmar di mana pengayaan (uranium) dilakukan,” kata Dayan.

“Ketika mereka memasang asas ini dalam kemudahan Natanz, mereka tidak mempunyai idea bahawa ia termasuk jumlah bahan letupan yang salah,” katanya.

Mereka turut membincangkan pembunuhan saintis Iran, Mohsen Fakhrizadeh pada November lalu, yang memulakan program nuklear tentera Tehran sejak berdekad lalu.

Agensi perisikan Amerika Syarikat dan Agensi Tenaga Atom Antarabangsa (IAEA) percaya Iran meninggalkan usaha untuk mencari senjata nulear pada 2003.

Iran sejak sekian lama menyatakan program tersebut adalah untuk keamanan.

Ketika Cohen berhadapan dengan kamera beliau tidak mendakwa tentang pembunuhan itu, Dayan dalam segmen tersebut menyifatkan Cohen ‘secara peribadi membuat kesimpulan terhadap keseluruah kempen tersebut’.

Dayan turut menerangkan bagaimana operasi mesingan kawalan jarak jauh diletakkan pada pikap untuk membunuh Fakhrizadeh dan kemudian ia musnah sendiri.

Cohen menjelaskan bagaimana usaha Israel untuk menghalang para saintis Iran itu daripada mengambil bahagian dalam program itu, yang mana terdapat antara mereka meninggalkan kerja setelah diberi amaran secara langsung oleh Israel.

Ditanya jika saintis tersebut memahami implikasi jika mereka tidak memberhentikan kerja, Cohen berkata: “Mereka melihat kepada kawan mereka,”.

Mereka turut berbincang mengenai opearsi Israel merampas dokumen program nuklear tentera Iran.

Cohen berkata, 20 ejen, yang mana tiada ejen Israel, merampas material daripada 32 peti besi, kemudiannya diimbas sebelum menyelinap dibawa keluar.

“Adalah penting kepada kami bahwa dunia akan melihat ini, tetapi ia sepatutnya menjejaskan kepimpinan Iran, untuk memberitahu mereka ‘Wahai rakan: Pertama, kami telah menyusup masuk. Kedua, kami sedang (memerhatikanĀ  anda). Ketiga, era pembohongan telah berlalu,” kata Cohen.

Dasar media yang digunapakai di Israel sejak berdekad memerlukan wartawan mendapat kelulusan untuk menyiarkan berita berkaitan keselamatan menerusi penapisan yang dilakukan tentera

Kenyataan Cohen dilihat jelas membayangkan Israel mahu menyatakan amaran baharu kepada Iran ketika rundingan nuklear sedang berlangsung di Vienna.

IranĀ  berulang kali mengadu menganai serangan Israel, dengan duta Iran di IAEA, Kazem Gharibabadi memberi amaran dan semalam insiden tersebut ‘tidak hanya akan menetapkan tetapi juga tidak meninggalkan pilihan kepada Iran untuk mengkaji semula langkah ketelusan dan dasar kerjasama.

Delegasi Iran ke Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu tidak mengulas mengenai kenyataan Cohen itu.

Dalam temuramah itu, Cohen mengakui satu hari nanti beliau mungkin bertanding merebut jawatan Perdana Menteri. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast