KUALA LUMPUR – Nilai jualan sektor pembuatan Malaysia pada bulan April 2021 berjumlah RM130.6 bilion berkembang sebanyak 72.5 peratus berbanding tahun sebelumnya.

Berasaskan bulan ke bulan, nilai jualan naik 2.9 peratus, hasil daripada kesan pemulihan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 1.0 pada tahun lepas.

Ketua Perangkawan, Datuk Seri Dr. Mohd Uzir Mahidin berkata, peningkatan mendadak ini dipacu oleh produk kelengkapan pengangkutan & pembuatan lain (332.4%), produk elektrik & elektronik (80.2%) dan produk petroleum, kimia, getah & plastik (49.1%).

Jumlah pekerja sektor pembuatan pada bulan April 2021 adalah seramai 2,235,004 orang, meningkat 3.0 peratus berbanding 2,169,473 orang pada April 2020.

Katanya, jumlah gaji & upah yang dibayar adalah berjumlah RM7,385.6 juta, meningkat 8.2 peratus atau RM560.2 juta pada April 2021 berbanding bulan yang sama tahun sebelumnya.

Pada masa yang sama, nilai jualan per pekerja meningkat 67.4 peratus kepada RM58,454 berbanding bulan yang sama tahun 2020.

Sementara itu, purata gaji & upah setiap pekerja adalah sebanyak RM3,304 pada bulan April 2021. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast