Kenaikan kes kematian di AS pada tahun 2020 dipacu oleh kes pandemik Covid-19. foto Agensi

WASHINGTON – Tahun 2020 adalah tahun yang merekodkan kematian tertinggi dalam sejarah Amerika Syarikat, terutamanya disebabkan Covid-19.

Selain Covid-19, Amerika Syarikat menyaksikan peningkatan yang luar biasa dalam kadar kematian akibat penyakit jantung, diabetes dan beberapa penyakit pembunuh lainnya, menurut Associated Press yang memetik penyelidik sebagai berkata.

Angka kematian – yang disiarkan dalam talian oleh Pihak Berkuasa Kesihatan Persekutuan – menambah bukti bahawa jumlah nyawa yang hilang secara langsung atau tidak langsung kepada koronavirus di Amerika Syarikat “jauh lebih besar daripada kematian Covid-19 yang dilaporkan secara rasmi sebanyak hampir 600,000 pada 2020-21,” katanya.

Pakar-pakar percaya jumlah kematian tinggi kerana “ramai orang dengan gejala berbahaya tidak mendapatkan rawatan di hospital kerana takut dijangkiti koronavirus,” menurut analisis tersebut. – MalaysiaGazette