Pasukan penyelamat memadam kebakaran yang melanda kapal kargo kecil di sebuah dermaga di Manila. foto Agensi

MANILA – Enam anak kapal cedera dan dua yang lain tidak ditemui selepas kapal kargo kecil terbakar ketika mengisi minyak di dermaga pagi tadi, menurut Pengawal Pantai Filipina (PCG).

Dalam satu laporan, PCG berkata, kebakaran berlaku sekitar jam 9 pagi ketika kapal MV Titan 8 mengisi bahan bakar berhampiran jambatan Delpan di Kota Manila.

Laporan PCG mengatakan empat anak kapal dan dua yang lain dari kapal berdekatan MV Princess Christine cedera.

Manakala dua anak kapal dari kapal kargo MV Titan 8 masih belum dijumpai.

Seorang anggota kru memberitahu penyiasat dia terdengar letupan ketika berada di dalam bilik airi, mendorong dia dan anak kapal lain melompat ke sungai.

PCG sedang melakukan siasatan untuk menentukan punca kebakaran. – MalaysiaGazette