Anggota polis melakukan pemeriksaan kenderaan semasa mengadakan sekatan jalan raya berikutan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) penutupan penuh bermula 1 Jun 2021 hingga 14 Jun di Plaza Tol Duta, Kuala Lumpur. Foto MOHD ADZLAN, 01 JUN 2021.

KUALA LUMPUR – Semua perkhidmatan pengangkutan awam termasuk teksi dan e-hailing dibenarkan beroperasi mengikut prosedur operasi standard (SOP) ketat
sebagaimana ditetapkan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN) sepanjang tempoh pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0 yang dilanjutkan sehingga 28 Jun 2021.

Namun, bagi memudah cara perjalanan, pemandu teksi diminta mendapatkan surat kebenaran beroperasi dari Sistem Maklumat Industri Logistik (SMILE) di https://application.mot.gov.my.

Manakala pemandu e-hailing pula boleh mendapatkan salinan surat kebenaran Kementerian Pengangkutan (MoT) yang telah diberikan kepada syarikat operasi (e-hailing operator) masing masing.

Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Wee Ka Siong berkata, surat tersebut berserta Lesen Perkhidmatan Kenderaan Penumpang (PSV) yang dikeluarkan oleh Agensi Pengangkutan Awam Darat (APAD) diperlukan sebagai bukti kebenaran beroperasi di Sekatan Jalan Raya (SJR).

Setiap perkhidmatan teksi dan e-hailing dihadkan kepada kapasiti dua orang (seorang pemandu dan seorang penumpang) sahaja.

Namun, bagi tujuan perubatan (seperti janji temu hospital berserta surat pengesahan
doktor atau vaksinasi yang disahkan melalui aplikasi MySejahtera) atau bagi
tujuan kecemasan, tiga (3) orang penumpang termasuk pemandu dibenarkan menaiki sebuah teksi atau kenderaan e-hailing dalam satu masa.

Ka Siong menegaskan, pengguna mana-mana perkhidmatan kenderaan perkhidmatan awam dan juga perkhidmatan rel perlu mendapatkan kebenaran rentas negeri atau rentas daerah daripada PDRM sekiranya menggunakan mana-mana mod pengangkutan awam bagi perjalanan yang berkaitan.

Kesemua pemain industri yang telah mendapat kelulusan di bawah SMILE bertarikh sebelum 1 Jun 2021 boleh memuat turun semula surat pengesahan beroperasi di laman web yang sama tanpa perlu mendaftar semula

Tambahnya, para pengguna pengangkutan awam pula perlu mendapatkan kebenaran rentas negeri atau rentas daerah daripada Polis Diraja Malaysia (PDRM) sekiranya menggunakan mana-mana mod pengangkutan awam bagi perjalanan yang berkaitan.

Manakala semua pemain industri yang telah mendapat kelulusan di bawah SMILE bertarikh sebelum 1 Jun 2021 boleh memuat turun semula surat pengesahan beroperasi di laman web yang sama tanpa perlu mendaftar semula. – MalaysiaGazette