Enam gadis GRO warga asing menawarkan khidmat seks antara 35 individu ditahan dalam parti liar di sebuah residensi mewah di ibu negara pada malam Jumaat. Gambar ihsan D7 IPK KL.

KUALA LUMPUR – Polis menggempur sebuah kediaman mewah di ibu negara yang dijadikan premis tawar seks dan parti liar.

Dalam serbuan itu seramai 35 orang termasuk dua lelaki warga China ditahan.

Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (Risikan/Operasi) Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Nasri Mansor berkata, aktiviti haram itu dikesan oleh Bahagian Siasatan Jenayah Kongsi Gelap, Judi dan Maksiat (D7) Kuala Lumpur dalam operasi khas bermula 11 malam tadi.

“Semasa serbuan tersebut, polis menemui sebanyak enam bilik dan seramai 35 orangPolis gempur kediaman jadi premis parti liar termasuk dua lelaki warga China kesemuanya berusia 20 hingga 30-an berada dalam bilik-bilik tersebut.

Keadaan sebuah residensi yang digunakan untuk parti mewah dan kegiatan seks diserbu polis lewat malam tadi.

“Semakan mendapati 14 daripadanya adalah wanita termasuk enam warga asing dari Vietnam dan Thailand,” katanya dalam satu kenyataan di sini.

Nasri berkata, dalam pemeriksaan yang dibuat di lokasi, polis mengesyaki enam wanita berkenaan berkerja sebagai GRO yang memberi layanan seks di bilik yang disediakan berikutan penemuan sejumlah kondom.

Bilik-bilik di residensi berkenaan disewa pada harga RM1,000 setiap satu untuk tujuan tersebut.

Polis turut menemui 20 botol minuman air jus disyaki mengandungi dadah.

Kesemua suspek yang ditahan disiasat di bawah Seksyen 372B Kanun Keseksaan, Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952, Seksyen 4 (1) Akta Hiburan Wilayah Persekutuan, Seksyen 269 Kanun Keseksaan, Akta Imigresen 1959/63 dan Seksyen 6(1) Akta Pertaruhan.

Mereka juga dikenakan kompaun mengikut Peraturan 17 Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-Langkah Di Dalam Kawasan Tempatan Jangkitan) 2021, katanya.-MalaysiaGazette