Pasukan paramedik Sultan Johor memberi bantuan kecemasan kepada seorang penunggang motosikal yang kemalangan selepas kenderaannya hilang kawalan. FB Sultan Ibrahim Sultan Iskandar

JOHOR BAHRU – Seorang lelaki yang kemalangan di hadapan Istana Pasir Pelangi, Johor Bahru semalam diberi rawatan kecemasan oleh pasukan peribadi Sultan Johor.Menerusi Facebook baginda, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar bertitah, kejadian itu berlaku kira-kira 5.45 petang selepas hilang motosikal yang ditunggangnya hilang kawalan lalu merempuh dinding pagar istana.

Pasukan paramedik peribadi baginda yang berada di dalam Istana Pasir Pelangi ketika itu bergegas ke lokasi kejadian.

Mangsa yang dipercayai mengalami kecederaan bahu akibat kemalangan itu kemudian dihantar ke Hospital Sultanah Aminah (HSA) Johor Bahru untuk rawatan lanjut.

Ambulans peribadi Sultan Ibrahim dilengkapi dengan pelbagai peralatan untuk keperluan kecemasan dan telah banyak kali menghulurkan bantuan kepada mangsa kemalangan.

Sultan Ibrahim sering bertitah kepada pasukan perubatan supaya segera membantu jika ternampak mereka yang memerlukan bantuan.

”Saya pesan kepada mereka, apabila nampak rakyat saya yang perlukan bantuan kecemasan, tinggalkan saya dan terus pergi tolong. Apabila mereka tolong rakyat saya, mereka juga menolong saya,” titah Sultan Johor. – MalaysiaGazette

1 Komen

Comments are closed.