Selangor masih kekal menjadi negeri yang paling tinggi mencatatkan kes harian iaitu sebanyak 1,973 kes.- Gambar hiasan.

KUALA LUMPUR – Sebanyak 5,304 kes positif baharu Covid-19 dilaporkan hari ini.

Jumlah kumulatif kes yang terkini adalah 675,508 kes.

Menurut Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM),  Selangor masih kekal menjadi negeri yang paling tinggi mencatatkan kes harian iaitu sebanyak 1,973 kes.

Ia kemudiannya diikuti dengan Sarawak 544 kes, Kuala Lumpur 462 kes, Sabah (335) dan Johor (363).

Bagi Negeri Sembilan (331), Pulau Pinang (256), Kelantan (179), Perak (121), Kedah (301), Melaka (145), Pahang (78), Terengganu (46), Labuan (158) dan Putrajaya (7).

Perlis merupakan negeri mencatatkan kes harian paling kurang iaitu lima kes menjadikan jumlah kumulatif di negeri itu, 558 kes.

Jumlah kes aktif setakat ini menurut kementerian itu adalah 73,324.

Sementara itu, sebanyak 8,163 kes sembuh hari ini menjadikan jumlah keseluruhan yang telah sembuh daripada Covid-19, 580,276 kes.

Jumlah kematian terkini semakin menurun dengan 64 kes namun pesakit Covid-19 yang dirawat di Unit Rawatan Rapi  sebanyak 917.-MalaysiaGazette