Pelajar sebuah IPTA Nik Farah Ellisha Mohd Razif, 22 tahun buat laporan polis, dakwa dihalang duduki peperiksaan kerana belum menerima vaksin Covid-19.

KUALA LUMPUR – Pelajar perubatan sebuah universiti tempatan mendakwa dilarang menduduki peperiksaan kelayakan kerana beliau belum menerima suntikan vaksin Covid-19.

Nik Farah Ellisha Mohd Razif, 22 tahun berkata, beliau terlebih dahulu telah memaklumkan pihak universiti berkenaan mengenai pendiriannya yang tidak mahu mendapatkan vaksin.

Namun, pelajar itu berkata, pihak universiti tetap mendesaknya untuk mendapatkan vaksin.

“Namun akibat didesak pihak universiti, akhirnya saya setuju mendapatkan vaksin jenama pilihan saya dan memaklumkan kepada pihak universiti pada April lalu,” katanya.

Namun Nik Farah mendakwa dia tidak menerima tarikh temu janji untuk menerima vaksin sehingga tarikh peperiksaan iaitu pada 8 Jun yang lalu.

“Sehingga pada hari peperiksaan pada 8 dan 9 Jun lepas, saya tidak mendapat tarikh temujanji untuk vaksinasi dan ketika saya hadir untuk menduduki peperiksaan penting tersebut, pihak universiti telah melarang dan meminta saya meninggalkan dewan,” tambahnya.

Walaupun telah memohon untuk menduduki peperiksaan tersebut secara berasingan namun kata Farah, permohonanya ditolak.

Sehubungan itu beliau hari ini membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Brickfields.

Turut bersama dengannya Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Datuk Nadzim Johan.

Mengulas lanjut, Nadzim menggesa supaya polis menyiasat insiden ini secara menyeluruh dengan segera.

“Pelajar ini merupakan pelajar perubatan, dia faham kepentingan serta kebaikan dan keburukan vaksin, jadi ketika beliau menolak pengambilan vaksin, beliau faham risikonya,” menurutnya.

Nadzim berkata, pihak universiti tidak sepatutnya memaksa pelajar, sebaliknya mendidik mereka dan menjelaskan dengan baik.

“Mengapa sehingga menyusahkan pelajar, mereka ini masa depan negara, beliau boleh menyumbang kepada negara di masa depan,” katanya. – MalaysiaGazette

1 Komen

  1. Tak payah la nak susahkan n buang masa polis siasat kes ni..
    Student bodoh..
    Datuk hero 2x bodoh..

Comments are closed.