Gambar menunjukkan kesan akibat dron jatuh di sebuah sekolah di Aseer, Arab Saudi. foto Agensi

MESIR – Sebuah dron dengan bahan letupan jatuh di sebuah sekolah di wilayah Aseer, menurut Saudi Press Agensi (SPA).

Namun tiada kecederaan dilaporkan berlaku.

Agensi itu mengatakan pihak berkuasa pertahanan awam pada awalnya telah menerima laporan bahawa sebuah peluru berpandu yang dilancarkan dari Yaman oleh gerakan Houthi yang terjatuh di sebuah sekolah di Aseer.

Namun, peluru berpandu yang didakwa itu adalah sebuah dron.

Sementara itu, Parlimen Arab mengutuk tindakan Houthi itu yang disifatkan memberi risiko kepada orang awam, selain melanggar semua norma dan undang-undang antarabangsa, menurut SPA.

Dalam kenyataan, Parlimen Arab menyatakan sokongan penuhnya kepada Kerajaan Arab Saudi terhadap semua langkah yang diambilnya untuk berdepan dengan Houthi demi menjaga keamanan dan keselamatan rakyat dan ekspatriat.

Parlimen Arab turut menekankan bahawa sebarang ganggu-gugat keamanan kerajaan adalah ancaman terhadap keselamatan negara Arab. – MalaysiaGazette