54 individu yang berkumpul ramai ramai dan berjoging dan tidak bersurai di jambatan terkemuka di Klang akhirnya menerima kompuan RM2,000 setiap seorang sebagai hadiah kerana mengingkar SOP PKP Penuh.

KUALA LUMPUR – Seramai 54 orang kompaun berjumlah RM108,000 kerana melanggar prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) Penuh dengan berkumpul beramai-ramai dan berjoging di atas jambatan di Klang, Selangor.

Malah mereka yang masing-masing dikompaun sebanyak RM2,000 seorang turut bersenam dan melepak di atas jambatan itu.

Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Shamsul Amar Ramli berkata, Pasukan Team Enforcement IPD Klang Selatan telah bergegas ke lokasi kejadian selepas menerima laporan awam berkaitan aktiviti di Jambatan Muda Nala pada jam 6 petang semalam.

“Apabila tiba di lokasi aduan dapati terdapat ramai orang awam telah parkir kenderaan berdekatan tempat halangan batu dan berjoging serta melepak di atas Jambatan Raja Muda Nala yang telah di tutup semasa PKP 3.0.

“Pegawai polis team pemantauan pematuhan telah menghubungi Full Manning IPK Selangor dan arahan beliau untuk mengeluarkan kompaun terhadap mereka yang berada di lokasi aduan,” katanya menerusi kenyataan, hari ini.

Kesemua individu itu terdiri daripada orang tempatan dan dari luar yang berusia antara 17 hingga 40 tahun.

Tambah beliau, mereka dikenakan kompaun di bawah Seksyen 3(21) Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342) dengan nilai kompaun RM 2,000 setiap seorang. MalaysiaGazette