Bursa Malaysia dibuka rendah pagi ini berikutan pasaran menerima berita mengenai prospek penurunan Petronas, selain aktiviti pengambilan untung menjelang hujung minggu.
Gambar hiasan

KUALA LUMPUR – Pelabur asing kekal sebagai penjual bersih untuk minggu kedua berturut-turut pada minggu berakhir 11 Jun dengan melupuskan sebanyak RM193.86 juta.

Ketika pasaran dibuka semula pada Selasa lalu, pelabur asing membeli RM102.48 juta ekuiti tempatan, dengan pelabur runcit dan institusi masing-masing bertindak sebagai pembeli dan penjual bersih kepada RM3.98 juta dan RM106.45 juta.

MIDF Research berkata, pelabur asing adalah penjual bersih secara majoriti hari minggu lalu dengan penjualan bersih berlaku pada hari Rabu, Khamis dan Jumaat.

Aliran keluar terbesar direkodkan pada hari Jumaat sebanyak RM142.58 juta.

Pelabur runcit adalah pembeli bersih setiap hari dengan pembelian bersih terbesar pada hari Rabu iaitu sebanyak RM82.80 juta dan pembelian bersih terkecil pada hari Selasa.

Firma penyelidikan itu berkata, secara kumulatif, pelabur runcit membeli ekuiti bernilai RM191.48 juta di bursa tempatan minggu lalu.

Manakala, jumlah kumulatif aliran keluar pelabur institusi tempatan pula sebanyak RM2.40 juta dengan menyaksikan pembelian bersih berlaku dari hari Rabu hingga Jumaat.

Satu-satunya penjualan bersih yang dilakukan oleh institusi tempatan pada hari Selasa, iaitu sebanyak RM106.45 juta sementara pembelian bersih terbesar adalah pada hari Jumaat sebanyak RM72.67 juta.

Sejak awal tahun 2021, secara kumulatif, pelabur runcit adalah satu-satunya pembeli bersih pasaran ekuiti dengan jumlah RM7.09 bilion.

Sementara pelabur institusi tempatan dan pelabur asing bersih pula adalah penjual bersih, masing-masing merekodkan jualan sebanyak RM3.67 bilion dan RM3.42 bilion.

Dari segi penyertaan, pelabur runcit mencatat kenaikan mingguan 21.33% manakala pelabur institusi tempatan, dan pelabur asing merekodkan penurunan mingguan 21.08% dan 0.85% dalam nilai dagangan purata harian (ADTV), kata MIDF Research. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast