Ziona Chana bergambar bersama-sama ahli keluarganya. foto Agensi

MIZORAM – Lelaki berusia 76 tahun yang dipercayai menjadi ketua sebuah keluarga terbesar di dunia meninggal dunia akibat diabetes dan darah tinggi.

Ziona Chana, yang merupakan ketua agama yang mengamalkan poligami meninggal dunia semalam.

Chana meninggalkan 38 isteri, 89 anak dan 36 cucu.

Kematian Chana disahkan oleh Ketua Menteri Mizoram, Zoramthanga.

Doktor memaklumkan kesihatan Chana merosot dan disahkan meninggal dunia sebaik sahaja tiba di hospital.

Sebenarnya sukar untuk mengesahkan sama ada Chana adalah ketua keluarga terbesar di dunia tetapi tiada individu lain yang pernah mendakwa begitu.

Malah, setakat ini sukar untuk menganggarkan jumlah sebenar saiz keluarga Chana.

Cuma ada satu laporan yang mendakwa dia mempunyai 39 isteri, 94 anak dan 33 cucu serta seorang cicit.

Jumlah kesemuanya adalah 181 orang.

Sama ada jumlah itu adalah rekod dunia atau sebaliknya, kisah keluarga Chana menjadi sensasi tempatan, menarik pelancong ke kampung mereka di timur laut India.

Mengikut Reuters, Chana dilahirkan pada tahun 1945. Dia kemudian bertemu dengan isteri pertama yang tiga tahun lebih tua daripadanya – ketika itu Chana berusia 17 tahun. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast