Anggota Bomba dan Penyelamat Rawang menaikkan mangsa lemas warga Myanmar yang maut semasa menangkap ikan dalam lombong di Rawang malam tadi.-Ihsan : Bomba Rawang

RAWANG – Seorang lelaki warganegara Myanmar dilaporkan lemas selepas menangkap ikan bersama rakannya di sebuah lombong, malam tadi.

Komander Operasi Bomba dan Penyelamat, Zaidi Ahtan berkata, mayat Chit Win Naing, 26, ditemuiĀ  Pasukan Penyelamat di Air (PPDA) jam 9.37 pagi tadi.

“Bomba telah menerima panggilan daripada rakan mangsa jam 7.43 malam semalam mengenai insiden itu dan tiba di tempat kejadian diĀ  YTL Cement, Jalan KRI 2, Taman Perindustrian KRI Rawang lebih kurang 11 minit kemudian.

Bomba dan Penyelamat Rawang menaikkan mangsa lemas warga Myanmar yang maut semasa menangkap ikan dalam lombong di Rawang malam tadi.-Ihsan : Bomba Rawang

“Operasi mencari telah dijalankan di kawasan lombong berkenaan pada kedalaman air lebih kurang 10 kaki,” katanya dalam satu kenyataan.

Menurut beliau, mayat mangsa telah dinaikkan ke darat sebelum diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut. – MalaysiaGazette