KUALA LUMPUR – Kadar kepercayaan orang ramai terhadap berita palsu yang tersebar masih tinggi apabila 62% daripada 1,116 orang responden mengaku percaya dengan berita palsu terutama yang disebarkan di media sosial dan aplikasi komunikasi.

Kekerapan responden percaya dengan berita palsu yang tersebar ialah Kadang-kadang 48%, Sering 14% manakala Jarang 31% dan hanya 6% yang Tidak Pernah.

Keputusan ini membimbangkan apabila 62% responden iaitu Kadang-kadang (48%) dan Sering (14%) percaya ini secara tidak langsung percaya kepada berita palsu yang disebarkan.

Dapatan ini hasil kaji selidik yang dibuat oleh Pusat Penyelidikan Undian UCSI.

Kaji selidik kali ini dijalankan melibatkan 47.7% responden lelaki dan 52.3% responden perempuan dengan kesalahan saiz sampel +/-3% dan kesemua responden dibenarkan memilih lebih daripada satu pilihan jawapan.

Responden turut ditanya soal tindakan mereka pada tahun lalu apabila menerima berita palsu ketika negara mula dilanda pandemik Covid-19.

Daripada kaji selidik itu mendapati 37.8% respondan tidak menyebarkan sebarang.

Manakala 37.5% pula kurang mempercayai informasi daripada aplikasi komunikasi (seperti WhatsApp), kurang mempercayai media (36.3%), menggunakan sesawang untuk menyemak fakta (seperti Sebenarnya. my) (34.6%) dan kurangkan penggunaan Internet (21.8%).

Sebanyak 37.8% bertindak tidak menyebarkan sebarang berita, lalu 37.5% kurang mempercayai informasi daripada aplikasi komunikasi (seperti WhatsApp), kurang mempercayai media (36.3%), 34.6% menggunakan laman sesawang untuk menyemak fakta (seperti Sebenarnya.my) dan 21.8% bertindak kurangkan penggunaan Internet.

Sementara itu, laman media sosial seperti Facebook dan Instagram (79.7%) menjadi medan utama responden menerima berita palsu diikuti dengan aplikasi komunikasi seperti WhatsApp (67%), platform perkongsian video seperti YouTube 43.5%, saluran media massa seperti televisyen dan akhbar pula 23.1% dan Lain-lain platform sebanyak 8.1%.

Responden turut ditanyakan soal kesedaran mereka terhadap kewujudan Ordinan Darurat Kuasa-Kuasa Perlu (No 2) 2021 Warta Kerajaan Persekutuan bagi membanteras berita palsu berkaitan Covid-19 dan proklamasi darurat yang berkuatkuasa 12 Mac 2021 lalu. 67.4% responden akui mengetahui perkara itu sementara 32.6% lagi responden tidak mengetahuinya.

Rata-rata responden (80.2%) turut menyokong ordinan tersebut bagi membanteras penyebaran berita palsu.

Setiap hari kita sebagai pengguna media sosial terdedah dengan pelbagai maklumat di mana sesetengah ataupun keseluruhan maklumat yang disebarkan itu mungkin tidak benar.

Di sini, kebijaksanaan pengguna amat penting bagi memastikan maklumat diterima itu benar dan kita perlu menyemak setiap maklumat diterima bagi melindung diri sendiri daripada berita palsu. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast