PEKAN – “Lada kering pun dah tak selamat sekarang”.
Kata seorang pengguna akaun media sosial @Ana Sara Al-Hafiz susulan klip rakaman video litar tertutup (CCTV) tular memaparkan dua lelaki mencuri empat guni lada kering dipercayai di sebuah premis perniagaan di Pasar Besar Pekan, di sini.
Menerusi klip video berdurasi 20 saat itu, lelaki-leleki tersebut dilihat mengangkat masing-masing dua buah guni merah yang diletakkan di kaki lima premis terbabit sebelum melarikan diri.
Kejadian itu dipercayai berlaku pada pukul 1.19 pagi tadi.
Difahamkan, pemilik perniagaan terbabit juga telah membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Pekan petang tadi agar tindakan lanjut dapat diambil.
Katanya, kehilangan empat buah guni lada kering yang keseluruhan berat anggaran 40 kilogram itu hanya disedarinya ketika dia berada di lokasi tersebut pada pukul 8.45 pagi tadi. – MalaysiaGazette
















