Bomba berjaya mengawal kebakaran hutan seluas 10.1175 hektar di Kampung Sungai Buntu, Pengerang, hari ini.- Foto ihsan bomba Johor

PENGERANG – Kepantasan bomba bertindak berjaya mengawal kebakaran hutan seluas 10.1175 hektar di Kampung Sungai Buntu di sini hari ini daripada merebak ke kawasan berhampiran.

Menurut Komander Operasi, Timbalan Penguasa Bomba II Baharudin Idris, pihaknya berdepan cabaran tiupan angin kencang serta keadaan panas terik dan kering semasa operasi pemadaman dilakukan selepas menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pukul 1.13 petang semalam.

“Namun seramai lima anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sungai Rengit dibantu enam Pasukan Bomba Sukarelawa (PBS) Sungai Rengit bertungkus lumus memadam kebakaran di kawasan tanah gambut itu tanpa henti.

“Operasi tersebut turut dibantu logistik melibatkan sebuah jentera Fire Rescue Tender (FRT) dan sebuah pacuan empat roda Hilux serta masing-masing sebuah lori tangki, Proton Arena dan Triton milik PBS terbabit,” katanya dalam kenyataan.

Baharudin memberitahu, pihaknya berjaya memadamkan 100 peratus kebakaran tersebut dan operasi pemadaman ditutup sepenuhnya pukul 12.30 tengah hari tadi.

Beliau yang juga Ketua BBP Sungai Rengit, pihaknya bernasib baik kerana tiada peralatan yang rosak semasa operasi.

Namun katanya, pemantauan secara berkala akan dilakukan di lokasi terlibat dan juga kawasan sekitarnya.- MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here