Bayi yang ditemui di perhentian bas SMK Sri Sendayan, Negeri Sembilan baru-baru ini.

KUALA LUMPUR – Sepasang kekasih ditahan di Garden Avenue Seremban 2 semalam bagi membantu siasatan susulan penemuan bayi di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Sri Sendayan, Negeri Sembilan baru-baru ini.

Polis semalam kira-kira pukul 7.30 malam menahan seorang perempuan berumur 26 tahun manakala lelaki berumur 23 tahun.

Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Mohd Said Ibrahim berkata, pasangan kekasih itu direman di Mahkamah Seremban hari ini.

Kes disiasat di bawah Sek 31 (1) (a) Akta Kanak-kanak 2001.

Semalam, seorang pekerja pembersihan di SMK Felda Sri Sendayan menemui bayi ditinggalkan di sebuah perhentian bas berhadapan sekolah berkenaan.

Bayi yang dibungkus dengan tuala itu dan diletakkan di dalam kotak ditemui pukul 11.58 pagi.

Mengulas lanjut, Mohd Said berkata, siasatan berkenaan kes ini dteruskan.-MalaysiaGazette