.eberapa sektor kritikal utama dibenarkan untuk beroperasi di lokaliti yang dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di Selangor bermula hari ini.- Gambar hiasan.

KUALA LUMPUR – Semua sektor ekonomi akan dibenarkan beroperasi pada Fasa Ketiga PKP 3.0 kecuali aktiviti yang tersenarai dalam senarai negatif, iaitu aktiviti yang berisiko tinggi menyebabkan jangkitan Covid-19 atau melibatkan keramaian.

Perdana Menteri berkata, sektor ekonomi akan kekal dibenarkan beroperasi pada kapasiti 80% seperti Fasa Kedua dan aktiviti sosial termasuk pendidikan dan sukan tertentu boleh mula dibuka secara berperingkat.

Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, untuk Fasa 3, semua aktiviti pembuatan akan dibenarkan beroperasi tertakluk kepada prosedur operasi standard (SOP) dan had kapasiti.

Senarai negatif Fasa 3 yang tidak dibenarkan beroperasi merujuk kepada aktiviti berisiko tinggi kerana melibatkan keramaian seperti penganjuran konvensyen dan yang mana penjarakan sosial tidak dapat diamalkan seperti pub, spa dan salon kecantikan.

Namun, kelonggaran kepada had kapasiti akan dipertimbangkan untuk membolehkan syarikat beroperasi sepenuhnya setelah pekerjanya telah divaksinasi. – MalaysiaGazette