KUALA LUMPUR – Harga runcit petrol RON97 naik sebanyak 2 sen seliter kepada RM2.67 seliter bagi tempoh 17 Jun 2021 sehingga 23 Jun 2021.
Manakala harga runcit petrol RON95 dan diesel kekal pada paras RM2.05 seliter dan RM2.15 seliter, kata Kementerian Kewangan.
Kerajaan mengekalkan harga runcit petrol RON95 pada paras harga siling RM2.05 seliter dan diesel RM2.15 seliter, sungguh pun harga pasaran sebenar bagi kedua-dua produk telah meningkat melebihi paras harga siling yang telah ditetapkan.
Langkah ini bertujuan melindungi pengguna daripada kesan kenaikan harga sebenar minyak di pasaran global.
”Kerajaan juga akan terus memantau kesan perubahan harga minyak mentah dunia serta mengambil langkah yang bersesuaian bagi memastikan kebajikan dan kesejahteraan rakyat terus terpelihara,” katanya. – MalaysiaGazette