Datuk Seri Abd Jalil Hassan

KUANTAN – Datuk Seri Abd Jalil Hassan merancang memperkenalkan aplikasi pengadu yang telah membuat laporan polis dan aduan jenayah apabila beliau bertukar ke Bukit Aman.

Ketua Polis Pahang itu berkata, aplikasi yang membolehkan mereka menyemak status terkini perkembangan aduan kes kepada pegawai penyiasat dapat meningkatkan kualiti perkhimatan polis.

“Mereka yang telah telah membuat sesuatu pelaporan polis berhubung jenayah perlu mendapat satu keputusan terkini sama ada terhadap sisasatan mendapat rekod dan keputusan.

“Pihak pegawai penyiasat bertanggungjawab terhadap stutus rekod aduan pengadu dan status sisasatan dan hasil perkembangan kes terkini,” katanya kepada MalaysiaGazette semalam.

Abd Jalil yang akan memulakan tugas sebagai Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman esok mengambil contoh aplikasi MySejahtera yang mana rakyat boleh buat mendaftar vaksin Covid-19 dan menerima status pendaftaran serta perkembangan terkini secara atas talian dengan pantas dan mudah.

“Walaupun kita ada teknologi merekod data yang canggih, namun perlu memahami kekangan masa pegawai penyiasat dengan penglibatan kes yang banyak.

ARTIKEL BERKAITAN :

Jangan kerana nila setitik, rosak susu sebelanga – Polis

Anggota Polis Bersiap Sedia Sebelum Perbincangan Khas Raja-Raja Melayu

“Pastinya kita sebangai pengadu mesti nak tahu situasi perkembangan dan hasil penyiasatan kes semasa dengan cepat, di mana pengadu sentiasa dalam keadaan ternanti-nanti,” ujarnya.

Menurut Abd Jalil, sejak berkhidmat di Pahang pada 27 Julai 2019, beliau melalui banyak pengalaman manis dan mencabar terutamanya dalam mendepani Covid-19 dan banjir.

Tambah beliau, pengalaman mengekang penularan virus itu memerlukan komitmen tinggi polis dan percaya Pahang boleh menjadi zon hijau pertama Covid-19 di negara ini . – MalaysiaGazette