KWAN Wang Amanah Negara National Trust Fund Finance Minister, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz at a news conference at the Ministry of Finance (MOF), Putrajaya. PIX: AFFAN FAUZI / MalaysiaGazette / 26 APRIL 2021.
Tengku Zafrul Abdul Aziz

KUALA LUMPUR – Perusahaan kecil dan sederhana (PKS) yang menggunakan sistem e-Payroll akan dapat mengurangkan kos operasi dan mengoptimumkan sumber manusia sedia ada.

Menteri Kewangan, Datuk Seri Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz berkata, berikutan itu PKS dapat memberi tumpuan kepada urusan perniagaan.

Tambah beliau, e-Payroll memainkan peranan yang penting untuk membantu para majikan mengurus rekod penggajian secara digital sekaligus memudahkan proses pengurusan caruman.

“Kemudahan e-Payroll atau sistem penggajian digital KWSP
terutamanya bagi usahawan PKS adalah sejajar dengan inisiatif
JENDELA yang menyokong keseluruhan rancangan infrastruktur digital nasional, di mana RM21 bilion telah diperuntukkan selama lima tahun untuk meningkatkan sambungan internet, memacu digitalisasi dan mengoptimumkan penggunaan internet,” katanya.

Beliau menyatakan demikian ketika berucap pada majlis pelancaran kemudahan e-Payroll KWSP bagi majikan pada hari ini.

Menurut Tengku Zafrul, tidak dinafikan pandemik Covid-19 merupakan antara cabaran terbesar yang melanda dunia yang mana akyat dan perniagaan, termasuk PKS terkesan akibat penularan wabak ini.

Ujarnya, hampir semua jenis industri dan perniagaan terpaksa
mengadaptasikan perniagaan mereka ke dalam talian dan proses operasi perniagaan secara digital.

“Kerajaan melalui kementerian dan agensi- agensi berkaitan telah bekerjasama dengan pihak penyedia perkhidmatan komunikasi utama untuk membangunkan sebuah pelan infrastruktur digital yang menyeluruh bagi memenuhi keperluan baharu rakyat dan perniagaan,” ujarnya.

Tengku Zafrul berkata, dengan berganding pendigitalan akan dapat membantu mengurangkan kos perniagaan serta memudahkan operasi. – MalaysiaGazette

 

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast