Syed Saddiq Abdul Rahman sports legacy
Syed Saddiq Abdul Rahman

KUALA LUMPUR – Syed Saddiq Abdul Rahman memerlukan bantuan orang ramai untuk menyalurkan sumbangan bagi Food Basket Muar.

Ahli Parlimen Muar itu berkata, sebanyak 271 keluarga hari ini telah beratur bagi mendapatkan bantuan itu susulan ramai yang hilang kerja atau gaji dipotong susulan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0.

Menurutnya, jika trend bantuan ini berterusan, beliau terpaksa menggunakan duitnya sendiri bagi kos bakul makanan yang bernilaiRM65.

Jika sehari sejumlah 271 yang datang memerlukan bantuan itu, beliau perlu mengeluarkan kos sebanyak RM17, 615.

”Satu Bulan gaji saya = 1 HARI Kos bantuan Food Basket kerana ramai keluarga yang susah,” katanya dalam hantaran di Facebook.

Syed Saddiq berkata, jumlah keluarga yang mendapatkan bantuan itu adalah rekod baharu.

Katanya, beliau akan memastikan tidak ada keluarga yang tercicir untuk mendapatkan bantuan tersebut.

“Saya memang memerlukan bantuan sahabat-sahabat, rakan-rakan untuk kongsikan mesej ini untuk menyalurkan sumbangan bagi agenda ini,” ujarnya. – MalaysiaGazette

2 Komen

  1. Kemaruk sangat Food Basket Muar boleh berlakon jadi pati dapat makan tanggung berak tong free jer sebab imigresen tak boleh deportasi masa pandemic, kan MP?

  2. Ditanya kenapa tak suka Syed Saddiq? TMJ jawab – “Ahli politik perlu jujur”
    Adakah awak menerima laporan mingguan dari ketua kampung atau penghulu? Menyelesaikan tugas di lapangan dan berpura-pura melakukan tugas di media sosial adalah dua perkara yang berbeza,” jawab baginda.

Comments are closed.