Ahmad Zahid Hamidi new Cabinet
Ahmad Zahid Hamidi

KUALA LUMPUR – Rayuan pemandu teksi meminta bantuan akibat pelaksanaan total lockdown bukan cerita kesukaran rakyat yang sengaja diada-adakan.

Majoriti pemandu teksi mengeluh kehilangan pendapatan lebih 80 peratus.

Malah ada teksi sudah kena tarik kerana tidak mampu bayar sewa bulanan.

Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata, sejak pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0, ada pemandu teksi hanya memperoleh RM10 sehari, kadang-kala satu sen tiada.

Disebabkan ini, pemandu teksi memohon moratorium untuk tempoh enam bulan hingga hujung bulan ini.

”Mana yang bernasib baik dapat kerja sebagai pengawal keselamatan untuk sara keluarga. Itupun bagi yang masih muda dan kuat. Yang sudah berusia tidak tahu bagaimana.

”Mungkin kurang didendang, tetapi pemandu teksi juga ‘frontliners’. Menghantar orang ke sana sini,” katanya.

Oleh itu, beliau berharap kerajaan dengarlah keluh kesah rakyat yang sedang dalam kesusahan.

Tambahnya, rakyat yang terjejas ketika ini memerlukan moratorium dan pengeluaran i-Sinar. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast