Syarikat Masala Wheels menafikan dakwaan berlaku penderaan serta diskriminasi dalam kalangan pekerja warga asing di premisnya.

KUALA LUMPUR – Syarikat Masala Wheels menafikan dakwaan berlaku penderaan serta diskriminasi dalam kalangan pekerja warga asing di premisnya.

Sebaliknya, restoran daun pisang ala India Selatan itu dalam satu kenyataan berkata, pihaknya enggan mengulas lanjut mengenainya memandangkan ia kini dalam siasatan pihak berkuasa.

“Sungguh malang dan menyedihkan apabila nama organisasi kami diseret dalam tuduhan tidak berasas ini antara pekerja warga asing sekaligus menyeret rakan kongsi lain.

“Ini adalah satu tuduhan serius dan sebagai syarikat sosial yang diasaskan untuk membantu  masyarakat serta golongan memerlukan selama ini.

“Insiden ini perlu keadilan dan kebenaran perlu didedahkan. Kita akan beri kerjasama sepenuhnya kepada pihak berkuasa menyiasatnya,” katanya sambil menambah ia satu tuduhan palsu.

Kata Masala Wheels lagi, salah seorang daripada rakan niaga yang terpalit namanya dalam isu yang sama telah digantung untuk sementara sehingga siasatan selesai.

“Sebenarnya dari awal penubuhan syarikat ini, kita memang sedia maklum tentang risiko yang akan dilalui oleh kami kerana ini bukan diasaskan untuk keuntungan semata-mata sebaliknya membantu remaja bermasalah serta komuniti untuk jangka panjang.

“Kita berharap perkara sebenar akan segera didedahkan oleh pihak berkuasa. Dalam pada itu kita akan terus beroperasi seperti biasa kerana jika ianya berhenti separuh jalan kerana tuduhan seperti ini, banyak kehidupan akan terjejas,” ujarnya.

MalaysiaGazette melaporkan seorang bekas pekerja restoran warga India mendakwa didera secara fizikal dan mental oleh majikan di Petaling Jaya.

Majikan dikatakan melakukan penderaan fizikal seperti memukul sehingga mendatangkan kecederaan, membakar serta meliwat pekerjanya.

MalaysiaGazette difahamkan penguatkuasa Kementerian Dalam Negeri (KDN) dan Kementerian Sumber Manusia (KSM) telah mengadakan serbuan ke restoran itu dan maklumat berkaitan serbuan itu akan didedahkan kepada umum dalam masa terdekat.

Bekas pekerja terbabit yang kembali ke negara asal membuat pendedahan itu dalam sebuah rancangan ‘Neekondai Parvai’ di hoskan oleh Lakshami Ramakrishnan. -MalaysiaGazette

ARTIKEL BERKAITAN:

Bekas pekerja restoran dakwa didera majikan

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast