Pelakon Umie Aida .

KUALA LUMPUR – Pelakon Datin Seri Umie Aida bersama Yayasan Seni Karya Perihatin Malaysia tampil menghulurkan bantuan kepada pemandu teksi selepas prihatin dengan golongan itu yang terjejas pendapatan susulan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP.,

Menerusi satu perkongsian di Instagram, Umie memberi sumbangan keperluan asas berupa beras, tepung, minyak masak serta roti prata kepada 300 pemandu teksi.

“Berat sama dipikul, ringan sama dijinjing. Alhamdulillah, 300 pemandu teksi telah menerima sedikit bantuan keperluan asas.

“Pendapatan mereka sehari paling tinggi RM20. Mari orang Malaysia, sama-sama berganding bahu menghuluarkan bantuan,” katanya.

Dalam entri tersebut, Umie turut berkongsikan nombor akaun bank yayasan berkenaan untuk orang ramai yang mahu menderma melalui akaun tersebut.

“Akaun yayasan 21233000012249 (RHB Bank). Terima kasih kepada yang telah menderma. Semoga sentiasa dalam lindungan dan rahmatNya,” ujarnya. – MalaysiaGazette