Warga emas berkerusi roda hadir untuk menerima suntikan vaksin di dalam sebuah bas yang digunakan sebagai pusat vaksin bergerak sempena kempen 'Vaksinasi [email protected] Prihatin' ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di Flat Sri Johor, Cheras, Kuala Lumpur. Foto SYAFIQ AMBAK, 11 JUN 2021.

KUALA LUMPUR – Pemberian dos vaksin Covid-19 yang digerakkan menerusi Program Iminusasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) meningkat lagi, dan semalam sebanyak 180,066 dos diberi kepada para penerima di seluruh negara.

Daripada jumlah tersebut, sebanyak 147,616 penerima dos pertama manakala 32,450 lagi menerima dos kedua sekaligus melengkapkan penerimaan vaksin Covid-19.

Angka terkini itu menjadikan jumlah kumulatif pemberian dos vaksin Covid-19 adalah sebanyak 5,510,720 juta dengan 3,957,687 juta atau 12. 1 peratus untuk dos pertama manakala 1,553,033 juta dos kedua.

Perkembangan terbaharu itu dikongsi Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin Covid-19 (JKJAV) di laman Twitter hari ini.

Berita lanjut menyusul. – MalaysiaGazette