Petugas kesihatan melakukan persediaan sebelum memberi suntikan vaksin kepada gelandangan sempena program Vaksinasi Covid-19 Gelandangan@WPKL di Anjung Kelana, Kuala Lumpur. Foto HAZROL ZAINAL, 17 JUN 2021.

KUALA LUMPUR – Jumlah pemberian vaksin Covid-19 semalam berjumlah 164,282 dos, menjadikan angka keseluruhan kepada 5,675,002 Menteri Kesihatan Dr Adham Baba.

Beliau berkata, seramai 1,588,915 individu telah melengkapkan dua dos vaksin dam sejumlah 4,086,087 individu menerima dos pertama.

Katanya, tiga negeri mencatatkan penerima kedua-dua dos tertinggi ialah Selangor dengan 207,077 diikuti Sarawak (181,690), Johor (161,082).

Ia diikuti Perak (147,250) dan Kuala Lumpur (141,071) dan Sabah (131,966). – MalaysiaGazette