Najib Tun Razak

KUALA LUMPUR – Datuk Seri Najib Razak menempelak Perdana Menteri yang mahu meminta jawatankuasa yang dianggotai wakil-wakil kerajaan dan pembangkang meneliti aspek-aspek penting sebelum Parlimen bersidang.

Bekas Perdana Menteri itu berkata, Parlimen sudah banyak kali bersidang pada tahun lalu semasa Covid-19 mencecah ribuan kes sehari walaupun pada masa itu tiada seorang pun menerima satu titik vaksin.

Tambah beliau, berbanding sekarang, semua Ahli Parlimen sudah selesai menerima dua kali dos.

Malah, mereka ini boleh ke sana, ke sini, ujarnya.

”Jika masih tak pasti sama ada ianya selamat bagi 220 orang bersidang dalam satu dewan besar, pergilah buat lawatan sambil belajar ke kilang elektronik ke, kilang sarung tangan ke, tapak pembinaan ke atau mana-mana 120,000 lebih syarikat yang dibenarkan MITI untuk beroperasi dalam tempoh Total Lockdown ini,” sindir bekas perdana menteri itu.

Katanya, jika masih tak rasa selamat untuk bersidang dalam bangunan Parlimen, Ahli-ahli Parlimen boleh bersidang di kilang atau tapak pembinaan sahaja sebab Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) kata tempat-tempat itu selamat dan bebas Covid-19. – MalaysiaGazette

 

2 Komen

  1. Bodoh punya PM..kilang yg paling banyak Covid dia buka…lepas tu bila Covid meningkat, rakyat kena tanggung akibatnya…kilang tak lock down…rakyat plak di lock down…apa ke bodoh punya manusia ni

  2. #KerajaanSerbaTakKena yang dikendali oleh pemimpin² PN yang tidak tahu mentadbir negara.

Comments are closed.