Cuaca panas melanda sebahagian Eropah tengah. foto Agensi

BUDAPEST – Pihak berkuasa Hungary mengeluarkan amaran gelombang panas tahap kedua pada hari Sabtu, ketika musim panas pertama melanda negara Eropah tengah.

Amaran ini berkuatkuasa mulai hari Sabtu hingga tengah malam hari Selasa, kata ketua pegawai perubatan, Cecilia Muller.

“Suhu tinggi memberi tekanan walaupun pada tubuh yang sihat.

“Ia boleh menyebabkan ketidakselesaan dan kurang tumpuan yang berbeza,” kata Perkhidmatan Meteorologi Nasional (OMSZ) dalam satu kenyataan.

Menurutnya, kanak-kanak, orang tua dan mereka yang mempunyai penyakit  kardiovaskular sangat berisiko.

Menurut OMSZ, suhu di sebahagian besar negara diramal melebihi 25 darjah Celsius pada hari Sabtu, kecuali tiga daerah yang terletak di pergunungan timur laut.

Suhu diramalkan panas hingga 31-35 darjah Celsius pada siang hari pada hari Sabtu.

Di sebahagian besar negara, sinaran UV-B juga dijangka sangat kuat.

Pejabat Datuk Bandar Budapest berkata, “pulau penyejuk” akan didirikan di bandar raya ini pada musim panas ini, menyediakan air sejuk dan tempat teduhan. – MalaysiaGazette