Aplikasi Mudah Alih Nasional yang membolehkan pelbagai perkhidmatan digital diakses akan diwujudkan, menurut Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC).- Gambar hiasan.

KUALA LUMPUR – Kerja-kerja baik pulih menara komunikasi di Menara Ladang Sibol B, Kota Tinggi yang terbakar pada pukul 7.04 malam 15 Jun lalu, sudah dipulihkan sepenuhnya dua hari lebih awal daripada yang dijadualkan.

Menara komunikasi tersebut merupakan menara milik pihak Maxis yang dikongsi bersama dengan Celcom.

Artikel berkaitan: Menara komunikasi di Ladang Sibol, Kota Tinggi terbakar

Justeru, pengguna setempat yang mengalami gangguan akibat kejadian tersebut kini dapat menikmati semula rangkaian komunikasi dan liputan Internet seperti sedia kala, kata Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM). – MalaysiaGazette