Ciapan kakak kepada remaja yang dikenakan kompaun semalam.

KUALA LUMPUR – Seorang remaja lelaki dan rakannya dikenakan dikompaun kerana sedang melepak di atas motosikal.

Kejadian itu berlaku semalam, kira-kira jam 8.30 malam semasa Team Pematuhan Op COVID-19 yang terdiri daripada pihak Polis dan Angkatan Pertahanan Awam membuat pemantauan di sebuah Projek Perumahan Rakyat.

Ketua Polis Daerah Wang Maju, Supritendan Ashari Abu Samah berkata, dua remaja itu tidak menghiraukan kehadiran pasukan tersebut yang sedang membuat pemantauan di kawasan tersebut.

”Sewaktu disoal oleh pegawai Team Pematuhan, mereka memberikan alasan hanya duduk dan makan roti di parkir tersebut. Team Pematuhan telah mengeluarkan saman kompaun di bawah Peraturan 17, Akta 342 di atas kesalahan lain-lain aktiviti yang tidak dibenarkan iaitu (berkumpul),” katanya yang mengulas satu video tular melalui aplikasi Twitter.

Pemilik akaun Twitter tersebut mendakwa adik lelakinya baru pulang dari kerja sebagai rider perkhidmatan penghantaran dan dikompaun sewaktu berada di parkir motosikal.

Susulan kejadian itu, Ashari menasihatkan orang ramai dinasihatkan untuk bekerjasama mematuhi prosedur operasi standard (SOP) agar penularan rantaian Covid-19 dapat diputuskan secepat yang mungkin.

Tindakan tidak bertanggungjawab segelintir masyarakat yang dengan sengaja melanggar SOP dan tidak menjaga penjarakan sosial boleh menyebabkan penularan wabak Covid-19 dalam kalangan masyarakat sukar dibendung. – MalaysiaGazette