Ahli Parlimen Kuala Kangsar, Datuk Mastura Mohd Yazid.- Pix FB.

KUALA LUMPUR – Semalam Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan mengakui terdapat usaha mengumpul akaun bersumpah (SD) dalam kalangan ahli Parlimen bagi mendapatkan sokongan mengambil alih kerajaan.

Hari ini Ahli Parlimen Kuala Kangsar, Datuk Mastura Mohd Yazid membuat kenyataan yang beliau tetap istiqamah dengan perjuangan UMNO dan menolak satu jajaran baharu dalam politik.

“Dengan ikhlas, saya istiqamah mempertahankan Institusi Raja-raja Melayu. Saya menolak “Jajaran Baharu”. Saya menolak DAP dan DSAI (Datuk Seri Anwar Ibrahim),” kata Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi) itu dalam Facebooknya hari ini.

Bagaimanapun Mastura tidak memperincikan maksud sebenar jajaran baharu berkenaan.

Semalam, Ahmad Maslan mendedahkan ada usaha untuk mengumpulkan SD dalam kalangan ahli Parlimen bagi mendapatkan sokongan mengambil alih kerajaan.

Memetik laporan portal Malaysiapost semalam, Ahli Parlimen Pontian itu bagaimanapun berkata dia tidak didekati oleh mana-mana individu untuk menandatangani SD berkenaan.

Beliau juga tidak menyatakan secara lanjut berkenaan usaha itu serta ahli Parlimen atau pemimpin yang terlibat.

“Perkara berkenaan SD memang saya ada dengar dan saya tidak menafikan kewujudannya. Usaha sedemikian memang sedang dibuat, bagaimanapun saya secara peribadi dan ada rakan-rakan yang lain tidak didekati untuk tanda tangan apa-apa,” katanya.

Sebelum ini, Pengarah Komunikasi PKR, Fahmi Fadzil turut menyebut wujud usaha untuk mengumpulkan SD dalam kalangan ahli-ahli Parlimen.

Fahmi berkata, beberapa ahli Parlimen yang tidak memegang jawatan kepimpinan utama parti mereka sedang berusaha mendapatkan SD itu bagi meraih sokongan untuk mendapatkan jawatan di dalam pentadbiran kerajaan Persekutuan. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

2 Komen

  1. Ohh jgn lupa tolak PPBM juga…ni ketetapan perhimpunan Agong UMNO..jgn buat2 lupa plak

Comments are closed.