M. Kula Segaran Members of Parliament buying MPs MP support Perikatan Nasional PN MACC logo Datuk taxi company owner bribery UMNO legal advisor Paul Geoffrey Stadlen MACC 1MDB scandal Mohd Hafarizam Harun Malaysian Anti-Corruption Commission
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM). Gambar hiasan.

SHAH ALAM – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) akan membawa seorang eksekutif syarikat ke Mahkamah Majistret di sini, pada pukul 9 pagi esok untuk tujuan permohonan reman.

Menurut sumber SPRM, ia bagi membantu siasatan berhubung dakwaan meminta dan menerima suapan berjumlah RM39,000 untuk kerja-kerja pembersihan, antara 2018 hingga 2021.

Tertuduh, 43, meminta suapan itu sebagai balasan bagi memastikan syarikat-syarikat yang terlibat terus mendapat kontrak pembersihan dengan syarikat tertuduh.

Terdahulu, suspek ditahan ketika hadir memberi keterangan di pejabat SPRM Selangor, jam 3.20 petang tadi.

Kes itu akan disiasat mengikut Seksyen 16(a)(A) Akta SPRM 2009.

Manakala permohonan reman itu pula dibuat mengikut Seksyen 117 Kanun Prosedur Jenayah. – MalaysiaGazette