Foto Instagram Yusry.

KUALA LUMPUR – Pasangan selebriti Datuk Yusry Abdul Halim dan Datin Lisa Surihani akhirnya berkongsi nama cahaya mata ketiga mereka kepada umum selepas seminggu dilahirkan.

Berkongsikan perkara itu di Instagram, Lisa, 35, dan Yusry, 48, sepakat menamakan anak lelaki mereka itu sebagai Yunos Laith.

“Assalamualaikum. Kami ingin perkenalkan adik kami yang genap berusia tujuh hari. Nama dia Yunos Laith Yusry.

“Nama Yunos diambil sempena nama nabi dan Laith pula membawa maksud berani seperti sang singa,” tulis Yusry di Instagram.

Kelahiran Yunos juga cukup bermakna buat mereka sekeluarga kerana berkongsi tarikh lahir dengan Yusry iaitu pada tanggal 15 Jun.

“Alhamdulillah, terima kasih semua di atas doa dan ucapan anda buat kami sekeluarga,” ujar Lisa.

Lisa selamat melahirkan Yunos pada pukul 2.30 pagi 15 Jun lalu di sebuah pusat perubatan di Kuala Lumpur.

Pelakon filem Istanbul Aku Datang itu mendirikan rumah tangga dengan Yusry pada 23 Februari 2012 dan sebelum ini dikurniakan dua cahaya mata iaitu Yahaira Leanne, 6, dan Yusof Leonne yang kini berusia empat tahun. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast