Mohd. Ashraf Mustaqim Badrul Munir 
Mohd. Ashraf Mustaqim Badrul Munir 

KUALA LUMPUR – Pada saat kerajaan Perikatan Nasional (PN) bertungkus-lumus untuk menjayakan Pelan Pemulihan Negara demi rakyat Malaysia, sayap Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Armada mengecan tindakan pembangkang.

Ketua Penerangan Armada, Mohd Ashraf Mustaqim Badrul Munir mendakwa, tindakan pembangkang yang memainkan sentimen politik hasutan harus dihentikan segera.

“Terkini kenyataan seleweng yang dilihat berniat jahat untuk mengelirukan orang awam terkait Jawatankuasa Pembukaan Parlimen telah dikeluarkan oleh Lim Guan Eng di laman Facebook beliau.

“Kenyataan Guan Eng dan beberapa pemimpin pembangkang juga menggambarkan seakan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin menolak titah Diraja untuk mengadakan sidang Parlimen,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Guan Eng semalam dilaporkan berkata, jawatankuasa yang dibentuk untuk meneliti aspek penting sebelum sidang Parlimen diadakan adalah taktik Muhyiddin untuk melambatkan pembukaan Dewan Rakyat.

Setiausaha Agung DAP itu turut berkata, langkah itu bertentangan dengan titah Yang di-Pertuan Agong dan Raja-raja Melayu supaya Parlimen diadakan secepat mungkin.

Mengulas lanjut, Mohd Ashraf Mustaqim berkata, kenyataan Muhyiddin tidak langsung menyanggah titah Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

Malah beliau berkata Muhyiddin terlebih dahulu mencadangkan agar sidang Parlimen dibuka pada pembentangan Pelan Pemulihan Negara kepada Al-Sultan.

“Pada pembentangan Pelan Pemulihan Negara, Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin sendiri telah memperjelaskan komitmen untuk mengadakan sidang Parlimen bermula sekitar September atau Oktober.

“Jangkaan pembukaan Parlimen yang dicadangkan Perdana Menteri juga bertepatan dengan proses perundangan serta Berpelembagaan mengkut ketetapan peraturan mesyuarat,” katanya.

Mengulas lanjut, Mohd Ashraf Mustaqim berkata, cadangan Muhyiddin agar sebuah jawatankuasa dibentuk yang dianggotai wakil kerajaan dan pembangkang adalah sangat penting dalam menentukan bentuk persidangan yang akan diadakan.

Jelasnya lagi, penelitian kearah itu penting dilakukan dalam meletakan fokus utama kepada rakyat dapat dicapai melalui pelaksanaan Pelan Pemulihan Negara yang diumumkan Muhyiddin minggu lalu.

“Jawatankuasa ini penting dalam menentukan bentuk persidangan samada bersemuka dengan SOP tertentu atau secara hibrid dengan melihat samada bertepatan dengan lunas Perlembagaan.

“Ia penting kerana melibatkan wakil pembangkang dan wakil kerajaan serta profesional bukannya tindakan satu hala pihak kerajaan, ini adalah tanda tekad  good governance,” katanya lagi. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

1 Komen

Comments are closed.