Ahmad Maslan

KUALA LUMPUR – Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan mencadangkan individu yang sudah menerima dua suntikan dos vaksin diberikan beberapa kelonggaran.

Ia termasuk dibenarkan balik kampung, menghadiri sidang Parlimen, hadir sidang Dewan Undangan Negeri, selain aktiviti yang sesuai.

Menurut beliau, pada tahun lalu tiada ahli parlimen divaksin tetapi parlimen ada bersidang.

Pada tahun ini, kesemua ahli parlimen telah divaksin tetapi parlimen belum bersidang lagi.

Malah, katanya, semua ahli-ahli dewan undangan negeri juga sudah divaksin.

Setakat 20 Jun, seramai 1,612,974 orang telah lengkap menerima dua vaksin di bawah Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan. – MalaysiaGazette